Friday, April 9, 2010

2 (c) PROSA KLASIK

2 (c) PROSA KLASIK

“Pelayaran yang Penuh Peristiwa”

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Tuanku Nakhoda menjadi tersentak, “Hai anakku yang tidak tahu dek untung, mengapakah kau berkelakuan demikian ini di depan orang tua?”

Kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak, sebab itulah anakanda berkata demikian. Cubalah ayahanda lihat siapakah di dalam petak jubung yang dilingkari sauh itu?”

Tuanku Nakhoda Tua segera menjengah ke petak jubung. Dilihatnya ada seorang muda yang sangat tampan dengan wajahnya berseri-seri bagai purnama empat belas hari bulan. Baginda tertegun kaum lalu kembali bertanya kepada puterinya. “Hai anakanda, siapakah pemuda yang di dalam jubung itu?”

“ Dialah budak hitam yang meminta tolong bayarkan hutangnya kepada ayahanda dulu, tetapi telah ayahanda nyahkan dia.”

“Siapa namanya?”

“Itulah Awang Sulung Merah Muda, anak Tuanku Si Helang Laut, cucu kepada Tuanku Si Helang Mawai. Dialah yang sebenarnya bertanggungjawab memeliharakan geliung dan isinya selama ini. Sekarang marilah ayahanda lihat isi geliung kita ini, telah penuhlah dengan wang dinar emas di dalam geliung itu. “ Panggilkan Awang Sulung ke mari!” perintah baginda kepada jurubatu sementara jurumudi mulai menggeletar ketakutan.

Awang Sulung enggan menghadap, kerana katanya beliau anak sakai yang tidak layak datang mengadap.

(Antologi Harga Remaja, halaman 40-41).

i. Berikan maksud rangkai kata kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak. (2 markah)

Rangkai kata kerana mata ayahanda sudah kabur dan telinga ayahanda sudah pekak bermaksud Tuanku Nakhoda Tua tidak pandai membuat penilaian jasa dan kelebihan orang lain iaitu baginda hanya memandang luaran tanpa memandang aspek dalaman seseorang.

ii. Apakah yang membuatkan Tuanku Nakhoda Tua mengagumi Awang Sulung? (3 markah)

Awang Sulung berjaya mengawal kapal dan segala isi yang ada di dalam kapal dengan baik dan sempurna. Selain itu Awang Sulung dapat mengumpulkan wang dinar emas yang banyak hasil pemberian lanun. Awang Sulung juga tidak suka menunjukkan kehebatannya sebaliknya lebih suka merendahkan diri.

iii. Pada pendapat anda, mengapakah Awang Sulung enggan datang menghadap Tuanku Nakhoda Tua? (3 markah)

Pada pendapat saya, Awang Sulung enggan datang menghadap Tuanku Nakhoda Tua kerana dia berasa kecil hati kerana sebelum ini dia pernah diusir atau dihina oleh Tuanku Nakhoda Tua untuk meminta pertolongan membayarkan hutang. Awang Sulung juga berasakan darjat dirinya tidak setaraf dengan baginda. Selain itu, dia bersikap rendah diri kerana menganggap dirinya hanya menumpang teduh di dalam kapal dan masih berhutang.

No comments:

Post a Comment